Friday, March 29, 2013

Sebenarnya SAYA ISTERI DIA!

I've read this novel before. Pinjam dengan member. Rugi pulak tak beli sendiri. Rase mcm nak beli pulak! *wink* Look fwd ngan drama nih.. Harini episod pertama, Sebenarnya Saya Isteri Dia.
"BUAT pertama kali pelakon cantik, Tiz Zaqyah dan Pelakon Harapan Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25), Izzue Islam digandingkan dalam drama bersiri yang diadaptasi daripada novel popular, Sebenarnya Saya Isteri Dia.
Pasti ramai yang ternanti-nanti drama ini ke udara ekoran gandingan mantap kedua hero dan heroin ini.Drama yang ditayangkan di slot drama TV3 Zehra ini bakal menemui penonton bermula 29 Mac ini setiap Jumaat jam 9 malam.
Karya Zura Asyfar ini mengangkat kisah perkahwinan yang didasari atas rasa terpaksa demi menjaga maruah keluarga.
Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash/Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Mustapha Kamal (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), dan Marisa Yasmin (Aida).Bercinta dengan orang lain tetapi berkahwin dengan orang lain, beginilah kisah cinta antara Syaf dan Firash bermula." -Sinar Harian

Izzue Islam & Tiz Zaqyah -Pic Credit to Tv3

0 comments:

 
Template by Exotic Mommie and by Garcya